Menu

Show posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.

Show posts Menu

Messages - drilyasharun

#1
Theravada / Re: alam neraka siapa yg bertugas
22 May 2011, 10:33:44 PM
Sebelum adanya agama-agama Hindu, Buddha, Kristian, Zoroaster, Mithra, Islam, dsb., Ajaran Melayu/Malayu/Malai atau Malay (sebelum berpecah menjadi suku-suku, seperti Jawa, Bugis, Sunda, Aceh, Batak, Minang, Iban, Filipino, Khmer, dsb) merupakan Asal Ajaran (The Root of All Knowledge) yang dikenali dengan nama "Malaiyana Mulayanam" yang mengandungi 173 buah kitab. Salah sebuah kitab itu bernama, "Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasapulatsyaviramaningrattanam" (memang panjang namanya) yang dicipta oleh Mahasiddha Svayana di Alam Melayu (sebelum menjadi Nusantara yang kemudiannya berpecah menjadi negara-negara, seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Vietnam, Laos, Kampuchea, Hong Kong dan Taiwan) lebih 790,000 tahun dahulu. Alam Melayu pada waktu itu dikenali dengan nama Buwana Suvarnabumi Tanah Sunda.
      Orang Melayu berpecah lagi apabila datang agama-agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu di mana raja-raja dan rakyat memeluk agama tersebut. Identiti Melayu pun pudar. Kemudian, datang pula agama Islam di mana raja-raja dan rakyat memeluk agama tersebut. Identiti Melayu terus pudar. Selepas itu, datang pula penjajah Barat dan agama Kristian di mana terdapat orang Melayu yang memeluk agama Kristian (mayoritasnya di Filipina). Kuasa-kuasa Barat (Inggeris, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika) memecahkan Alam Melayu menjadi negara-negara seperti yang saya sebutkan di atas.
       Jika di zaman dahulu kala (pra sejarah), leluhur orang Melayu telah menjelajah seluruh dunia dan mengajar bangsa-bangsa lain membina tamadun, seperti di Mohendja-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Sumeria di Lembah Mesopotamia; Mesir di Lembah Nil; Pesisir Mediterranean (Sparta - kemudiannya mengembangkan tamadun Greek); Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Itu sebabnya banjaran gunung tertinggi di dunia dinamakan Himalaya (Hi bermakna Gunung, malaya bermakna Malai/Malay/Malayu/Melayu. Kehebatan dan kesaktian Melayu Sejati adalah pada senjatanya yang bengkang bengkok (keris), tetapi bangsa-bangsa lain hanya lurus atau bengkok sedikit (pedang dan tombak).
      Lebih 300 juta orang Melayu boleh menjadi pemimpin dunia, seperti di jaman leluhur kita dahulu, dengan syarat mereka bersatu padu dan balik ke pangkal jalan sebagai Orang Melayu Sejati dengan mengenepikan fahaman agama, negara, negeri, propinsi dan suku.