http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Angka_India http://en.m.wikipedia.org/wiki/Hindu–Arabic_numeral_system Kebanyakan sistem angka
kedudukan yang menggunakan 10
sebagai asas yang digunakan di
seluruh dunia adalah berasal dari
India . Sistem angka India lazimnya
dikenali di Barat sebagai sistem
angka Hindu-Arab atau angka Arab ,
kerana ia diperkenalkan di Eropah
melalui orang Arab.
Digit 1 hingga 9 dalam sistem
angka Hindu-Arab berevolusi dari
angka Brahmi. Catatan agama
Buddha dari sekitar 300 SM
menggunakan simbol 1,4 dan 6.
Seratus tahun kemudian,
penggunaan simbol 2,7 dan 9 telah
direkodkan.
Terdapat beberapa catatan kuno di
atas kepingan kuprum yang
mengandungi angka sifar yang
bertarikh dari kurun ke-6 masihi.
[1] . Bagaimanapun, catatan yang
pertama diterima secara universal
yang mengandungi angka 0 telah
ditemui di Gwalior , tengah India
yang bertarikh 870.
Pada kurun yang ke-9, sistem
angka ini telah tersebar ke dunia
Islam. Al-Khwarizmi telah
menerangkan tentangnya dalam
buku Pengiraan dengan angka
Hindu yang ditulis pada 825 M
dalam Bahasa Arab, dan Al-Kindi
telah menulis empat jilid,
Penggunaan angka India (Ketab
fi Isti'mal al-'Adad al-Hindi ) yang
ditulis pada 830 M. Kemudiannya,
sistem angka ini diperkenalkan pula
oleh orang Arab kepada Eropah.